Monday, 12 December 2011

Kata Arah

  • Kata arah digunakan untuk menunjukkan hala.
 atas
luar 
timur 
 bawah
dalam 
barat 
 antara
sudut 
selatan 
 tepi
pemjuru 
utara 
 sisi
hadapan 
seberang 
 tengah
belakang 
hujung 
 puncak
pinggir 
pangkal 

Kata Tanya


  • Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanya sesuatu. Jika kata tanya digunakan di peringkat ayat, kata tanya mesti disertai partikel "kah" dan ayat tanya mesti diakhiri dengan tanda soal (?)
 apa                                 mana                            berapa                       
 mengapa / kenapa            bila                              siapa                        
 bagaimana
Ayat Contoh:
1. Mengapakah budak itu menangis?
2. Bilakah ayah akan pulang?
3. Awak tinggal di mana?

Monday, 5 December 2011

Kata Hubung

  • Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan kata, frasa dan ayat.

 agar
kerana 
apabila 
 meskipun 
atau 
malahan 
 dan
namun 
serta 
 sambil
hingga 
sejak
 jika
selepas 
kecuali 
 sekiranya
lalu 
sementara 
 manakala
tetapi 
melainkan 

Ayat Contoh:
1) Encik Leow kaya tetapi kedekut.
2) Kakak mengemaskan ruang tetamu sambil menyanyi.
3) Murid-murid beratur apabila loceng berbunyi.
4) Emak menanak nasi lalu menggoreng ikan.
5) Ming Hua tetap akan berbasikal ke sekolah walaupun hujan.

Saturday, 3 December 2011

Kata Adjektif

Kata Adjektif
  • Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama. Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat.
  • Kata Adjektif terbahagi kepada sembilan jenis:
Jenis
Contoh
Sifat / Keadaan
 baik, lemah, cerdik, berani
Warna
merah, ungu, jingga, putih 
Ukuran
tebal, rendah, besar, tinggi 
Bentuk
bulat, lurus, leper, bengkok 
Waktu
awal, segera, cepat, lewat
Jarak
jauh, dekat, hampir, nyaris 
Cara
jelas, laju, luncah 
Perasaan
segan, benci. gembira, rindu 
Pancaindera
sedap, tawar, manis, busuk, lunak 

Ayat Contoh:
1. Rumah itu kecil tetapi bersih.
2. Jambatan yang panjang itu akan diperlebar tidak lama lagi.
3. Murid yang cerdik itu sering dipuji oleh        gurunya.
4. Wajah peragawati itu manis.



Wednesday, 9 November 2011

Kata Seru

Kata Seru  
  • Kata Seru digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang. Tanda 
    koma ( , )digunakan selepas kata seru dan ayat seruan diakhiri dengan
    tanda seru ( ! )

    Kata Seru
    Penggunaan
    aduh
    - menyatakan keluhan, sakit
    aduhai
    - melahirkan rasa sedih
    amboi
    - menyatakan perasaan hairan
    cis
    - menyatakan perasaan marah, benci, mencemuh
    eh
    - menyatakan hairan, kaget
    hai
    - bertegur sapa
    nah
    - mempelawa seseorang menerima sesuatu
    oh
    - menyatakan hairan, terkejut, kecewa
    wah
    - menyatakan kehairanan, kekaguman
    wahai
    - menyatakan perasaan sedih, menarik perhatian
    syabas
    - menyatakan bagus
    ah
    - menyatakan kecewa, tidak bersetuju
    alamak
    - suara terkejut hairan




Monday, 7 November 2011

Mengenal Suku Kata Terbuka

Sunday, 6 November 2011

Lagu Fonetik


 

Sudut Bahasa Melayu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting